Blog ini tempat dimana aku meluahkan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia motor yang aku boleh katakan aku minat, segala pengalaman, pengetahuan berkaitan motor hanyalah daripada apa yang aku lalui, u may agree or disagree

Tentang Aku

Secara ringkasnya aku dalam kategori minat motor besar tetapi bukanlah rider kental, sebab utama aku beli naked biked kawasaki z800 adalah untuk memudahkan aku ulang alik kerja yang jaraknya 40km sehala dan aku memang dah tak boleh tahan untuk menggunakan kereta untuk nak menghadapi kesesakan jalan sesak (trafic jem).

Sekali sekala adalah juga pergi ride tapi bukan jenis hard core setiap minggu nak keluar pergi ride, walaubagaimanapun keinginan tu tetap ada sebagai seorang yang minat motor.

Dalam blog ini aku menulis berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga pengalaman rakan yang boleh aku kongsikan dalam blog ini, tetapi harus ingat, setiap orang mempunyai cara yang berbeza dan juga tidak semestinya apa yang aku selesa guna tak semestinya baik untuk kamu semua.

Ok itu sahaja "We Are Not Just Biker, We are Brotherhood"